Thursday, January 14, 2010

Operation Tetap Champion




































Gambar Para Pemain Pada Perlawanan Akhir Liga Tertutup CUFK 2009/2010
Alhamdulillah... Tahun ini Pasukan OPERATION mengekalkan lagi kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas. Berkat kesungguhan walaupun telah ketinggalan pada separuh masa pertama, tetapi dengan azam yang tinggi untuk memenangi perlawanan itu, maka alhamdulillah, pasukan OPERATION telah berjaya menewaskan pasukan lawan, iaitu pasukan MAINTENANCE dengan jaringan 3 berbalas 2...
Perlawanan akhir ini telah berlangsung pada 13hb Januari 2010 di Padang A Perumahan TNB Paka.
Tahniah sekali lagi buat pasukan OPERATION kerana berjaya mengekalkan kemenangan yang dimenangi tahun lepas...
Insya-Allah tahun depan kita akan terus mengekalkan lagi kejuaraan ini... INSYA-ALLAH











Friday, November 27, 2009

Hari Raya Aidil Adha 2009 di MCB CUFK





























Gambar Staff-staff yang Bekerja Pada Hari Raya Haji 2009



Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kami Staff-staff yg bertugas ingin memohon kemaafan di atas segala keterlanjuran di masa lalu...










Monday, October 5, 2009

Hazmat Exercise












































































































































































Gambar-gambar yang terlibat semasa Hazmat Exercise


Pada 4hb Oktober 2009 jam 14:30pm, CUFK Operation telah mengadakan satu Hazmat Exercise di loji CUF Kerteh. Hazmat Exercise adalah satu latihan menyelamat di dalam kilang apabila keadaan di dalam kilang tidak selamat yang diakibatkan dari pencemaran bahan kimia. Exercise telah dijalankan dengan jayanya sambil dibantu oleh pihak CEFS yang berpengkalan di Kompleks Petrokimia Kerteh.
Adios Amigos...














Saturday, October 3, 2009

Champion Liga DANO 2008


Barisan para pemain Operation pada perlawanan akhir Liga DANO 2008


Perlawanan diantara Operation FC dan Maintenance FC pada perlawanan akhir untuk tahun 2008 telah dimenangi oleh Operation FC dengan jaringan 2 - 1.

Diharap Operation FC dapat mengekalkan lagi kejuaraan yang dimiliki pada tahun ini.

Monday, September 28, 2009

CUFK Operation Football FC





























Sedikit gambar-gambar di dalam kilang CUF Kerteh



CUF Kerteh adalah singkatan daripada CENTRALISED UTILITY FACILITIES yang berpengkalan di Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Sebenarnya CUF mempunyai dua cawangan dan satu lagi cawangan tersebut adalah CUF Gebeng yang berpengkalan di Gebeng, Pahang. CUF merupakan salah satu syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh PETRONAS GAS BHD., iaitu salah satu anak syarikat milik Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).






CUF adalah satu loji yang menyediakan bekalan utiliti kepada loji-loji yang berhampiran dengan loji CUF. Antara utiliti yang disediakan oleh loji CUF adalah kuasa elektrik, wap bertekanan tinggi, nitrogen, oksigen, argon dan air nyahmineral (Demineralisation Water)




Disamping menjalankan tugas, kami dibenarkan untuk beriadah dan dari situlah tertubuhnya CUFK Operation Football FC.
Untuk mengetahui perkembangan selanjutnya mengenai team BOLA operation, ikutilah seterusnya blog ini.....
Adios amigos....














Sunday, September 20, 2009

Raya 20.09.2009 di Operation CUFK























Beginilah suasana kami warga Operasi CUF Kerteh yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri. Walaupun bertugas dan tidak dapat meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta, kami tetap menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gembira. Ini semua adalah pengorbanan dari kami Warga CUF Kerteh.






Sebenarnya kami Warga Operasi CUF Kerteh telah membuat perjanjian sesama staff di mana kami bergilir-gilir beraya. Maka tahun hadapan staff yang bekerja di Hari Raya tahun ini akan dapat bercuti pula. Staff yang bercuti tahun ini kenalah bekerja pula pada Hari Raya tahun hadapan.






Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kaum keluarga kami, ibu-ibu, bapa-bapa, adik-beradik, isteri-isteri dan anak-anak kami. Tidak lupa juga sahabat-sahabat kami yg bercuti dan mengenali kami. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak pengurusan yang menyediakan juadah pada Hari Raya ini. Sekurang-kurangnya, hilang juga sedih kami kerana turut juga merasai suasana Hari Raya di sini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami tidak kira di mana saja berada.









Akhir sekali, sekali lagi kami ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.