Monday, September 28, 2009

CUFK Operation Football FC





























Sedikit gambar-gambar di dalam kilang CUF Kerteh



CUF Kerteh adalah singkatan daripada CENTRALISED UTILITY FACILITIES yang berpengkalan di Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Sebenarnya CUF mempunyai dua cawangan dan satu lagi cawangan tersebut adalah CUF Gebeng yang berpengkalan di Gebeng, Pahang. CUF merupakan salah satu syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh PETRONAS GAS BHD., iaitu salah satu anak syarikat milik Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).






CUF adalah satu loji yang menyediakan bekalan utiliti kepada loji-loji yang berhampiran dengan loji CUF. Antara utiliti yang disediakan oleh loji CUF adalah kuasa elektrik, wap bertekanan tinggi, nitrogen, oksigen, argon dan air nyahmineral (Demineralisation Water)




Disamping menjalankan tugas, kami dibenarkan untuk beriadah dan dari situlah tertubuhnya CUFK Operation Football FC.
Untuk mengetahui perkembangan selanjutnya mengenai team BOLA operation, ikutilah seterusnya blog ini.....
Adios amigos....














Sunday, September 20, 2009

Raya 20.09.2009 di Operation CUFK























Beginilah suasana kami warga Operasi CUF Kerteh yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri. Walaupun bertugas dan tidak dapat meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta, kami tetap menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gembira. Ini semua adalah pengorbanan dari kami Warga CUF Kerteh.






Sebenarnya kami Warga Operasi CUF Kerteh telah membuat perjanjian sesama staff di mana kami bergilir-gilir beraya. Maka tahun hadapan staff yang bekerja di Hari Raya tahun ini akan dapat bercuti pula. Staff yang bercuti tahun ini kenalah bekerja pula pada Hari Raya tahun hadapan.






Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kaum keluarga kami, ibu-ibu, bapa-bapa, adik-beradik, isteri-isteri dan anak-anak kami. Tidak lupa juga sahabat-sahabat kami yg bercuti dan mengenali kami. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak pengurusan yang menyediakan juadah pada Hari Raya ini. Sekurang-kurangnya, hilang juga sedih kami kerana turut juga merasai suasana Hari Raya di sini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami tidak kira di mana saja berada.









Akhir sekali, sekali lagi kami ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.